Kerjaya Sakura Band

2014: Single debut dan kejayaan awal

Sakura Band melancarkan single pertama mereka yang bertajuk, "Setelah Hujan" pada 2014.[1] Single "Setelah Hujan" telah dipilih untuk menjadi lagu tema drama "Diandra" di TV3.[3] Seterusnya pada tahun yang sama, single kedua mereka yang bertajuk, "Pelarian" (menampilkan Adi 6ixth Sense) dilancarkan dan berjaya dicalonkan di Carta Muzik Muzik 29.[4] Singe "Pelarian" pula dimuatkan sebagai lagu tema drama "Jiwa" di TV3.[3] Pemilihan kedua-dua single ini sebagai lagu tema drama TV memudahkan Sakura Band untuk membina tapak kukuh.[3] Kedua-dua single ini turut ditampilkan di dalam album kompilasi 6ixth Sense berjudul "Sense of Love".[3]

2015 - 2016: "Melepaskanmu" dan Separuh Akhir Muzik-Muzik 30, Single ke-empat

Single ketiga, "Melepaskanmu" mendapat sambutan umum dan dipilih untuk menjadi lagu tema drama "Bidadari" (TV3). Single tersebut turut berjaya melangkah ke peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik 30, namun gagal untuk mara ke peringkat akhir.[5][6] Setakat Julai 2019, muzik video "Melepaskanmu" mendapat lebih daripada 10 juta tontonan di YouTube. [7]

Pada 2016, single ke-empat Sakura Band berjudul "Polaroid" dilancarkan. Single ciptaan sepenuhnya Sakura Band ini mengetengahkan konsep yang "catchy".[1]

2017-kini: Single kelima

Sakura Band telah mengeluarkan single kelima bertajuk "Yakiniku" pada tahun 2017.[8] Muzik video "Yakiniku" dirakam sepenuhnya di Jepun.[1]

Pada Ogos 2018, single ke-enam Sakura Band berjudul "Magik" yang menampilkan Sophia Liana, dari kumpulan De Fam, dilancarkan.[9]